JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai 'one stop centre' dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.
Ketua Polis Johor M Kumar berkata ia selepas polis melakukan enam serbuan di lima kondominium dan sebuah rumah teres di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam di sini.
"Sindiket yang menjadikan unit kediaman itu sebagai 'one stop centre' operasi mereka terbongkar selepas serbuan dijalankan bermula Selasa lepas.
"Menerusi serbuan itu, enam individu berusia 29 hingga 39 tahun ditahan berserta 5,772 gram (g) serbuk ekstasi, 206.65g pil ekstasi, 267.6g (pil erimin 5), 288.4g (ketamin), 127.5g (syabu) dan 88.20g (ganja) dengan nilai keseluruhan RM510,628," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua jenis dadah itu merupakan dadah yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran ketika ini.
Sementara itu, Kumar berkata polis Johor merampas 1.25 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM7.61 juta dalam tempoh 1 Jan tahun ini hingga semalam.
Beliau berkata sebanyak 5,061 individu terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan dadah ditahan, dengan 66 daripadanya merupakan tokan.
"Pada tempoh sama, sebanyak RM4.19 juta harta sindiket telah disita," katanya.
Kumar berkata daripada keseluruhan tangkapan itu, sebanyak 432 orang ditahan menerusi Op Tapis Khas yang dijalankan di seluruh negeri selama tiga hari bermula Isnin lepas sehingga semalam.
"Individu ditahan dalam operasi yang menyasarkan kawasan panas antaranya Felda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan jeti nelayan itu berusia lingkungan 18 hingga 71 tahun.
"Turut ditangkap dalam Op Tapis Khas ini adalah 54 suspek berstatus orang dikehendaki," katanya.
Beliau berkata dalam operasi itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM571,793 turut dirampas, yang dipercayai boleh dibekalkan kepada 32,814 orang penagih.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Kumar berkata kesemua jenis dadah itu merupakan dadah yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran ketika ini. - Gambar Bernama
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Polis tumpaskan 'one stop centre' dadah di Johor
Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai 'one stop centre' dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.
Op Tapis: Polis Perak serbu jeti nelayan, sarang penagih
Operasi yang disertai 273 anggota dan pegawai polis itu adalah sebahagian usaha bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Lelaki maut, pejabat jeti nelayan terbakar
Mangsa yang melecur anggota badan dan tidak sedarkan diri, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pelajar praktikal dikhuatiri jatuh dari kapal tunda
Kehilangan mangsa, Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20 tahun, disedari kru lain kira-kira jam 1 tengah hari tadi sebelum melaporkan kehilangannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Kucing 'hadiahkan' ikan kepada Perdana Menteri
Seekor kucing curi tumpuan ramai sewaktu tinjauan Datuk Seri Najib Razak di Jeti Pendaratan LKIM Sungai Chenang, Langkawi hari ini.
Mayat lelaki lemas ditemui di Bagan Ajam
Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari Jeti Nelayan, Jalan Pantai Bersih di Bagan Ajam di sini ditemui pada Khamis.